Monday 24 March 2014

Jom mengenali usahawan yang berjaya!!!!


Assalamualaikum..hai, saya Norazira binti Azman lebih mesra dipanggil Ziera.. Holla2.. Saya merupakan pelajar tahun 2 jurusan BBA di UUM.. Blog ini dibuat adalah bertujuan bagi memenuhi tugasan individu saya bagi subjek Kemahiran dan Gelagat usahawan (BPME 2013) dimana ia memerlukan saya untuk membuat blog bagi memperkenalkan beberapa usahawan yang berjaya. Dalam blog berkenaan akan dijelaskan dengan lebih terperinci tentang usahawan-usahawan tersebut, mengapa usahawan itu dipilih, bagaimana beliau membangunkan perniagaannya dan pembangunan perniagaan beliau. Berdasarkan daripada penerangan mengenai usahawan tersebut, secara tidak langsung ia dapat memberi motivasi kepada saya untuk lebih mengetahui tentang cabaran serta kebaikan menjadi seorang usahawan. Tidak semua orang memerlukan pendidikan yang tinggi untuk berjaya atau kaya tapi cukuplah sekadar mempunyai kepakaran, pengalaman serta minat yang tinggi terhadap perniagaan. Selain itu juga ia dapat memenuhi segala keperluan yang diperlukan bagi mendalami strategi-strategi perniagaan yang lebih berjaya. 

Antara usahawan yang telah di pilih oleh saya untuk dikongsikan dalam blog saya adalah Wan Mohd Sani, T Ananda Krishnan,Datuk Jimmy Choo dan juga Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary. Kesemua usahawan tersebut adalah usahawan yang telah berjaya dalam mengusahakan perniagaan mereka dengan memperkenalkan produk mereka bagi kegunaan orang ramai. Mereka juga merupakan usahawan yang berusaha gigih dalam mengecapi kejayaan dan juga sentiasa berfikiran terbuka dalam mengembangkan perniagaan mereka. Sifat dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka telah membuahkan hasil dimana mereka berjaya dalam mengusahakan perniagaan mereka. Hal ini telah memberi sumber inspirasi dan motivasi kepada saya untuk lebih mengetahui tentang selok-belok bidang keusahawanan ini dengan lebih mendalam.

p/s: ini adalah link-link/artikel yang berkaitan dengan pembangunan usahawan
http://usahawan2berjaya.blogspot.com/
http://www.majalahniaga.com/tag/artikel-keusahawanan
http://usahawanmalaysiapilihansaya.blogspot.com/2013/10/artikel-arkitel-mengenai-usahawan-atau.html
http://www.shahabudeenjalil.com/2011/12/artikel-di-kosmo-pengalaman-usahawan-muda-memborong-di-guangzhou-china/

Sunday 23 March 2014

Wan Mohd Sani~~~


Datuk Wan Mohammad Sani


Usahawan pengangkutan yang berjaya di MALAYSIA....
Pengisian post blog saya kali ini adalah berkenaan dengan seorang lagi usahawan yang berjaya iaitu Datuk Sani. Beliau merupakan usahawan dalam perniagaan bas iaitu Sani Ekspress. Sebab utama saya memilih usahawan tersebut adalah disebabkan oleh semangat serta keunikan beliau dalam menjalankan perniagaan. Tidak disangka bahawa pengalaman yang dialami akhirnya dapat mengajar usahawan tersebut untuk membuat pembaharuan dan menjalankan perniagaan dengan lebih efektif dan cemerlang. 
Sejarah Datuk Sani...
Jejaka berusia 38 tahun ini berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Kolej Sunway ini merupakan antara usahawan merangkap artis yang paling berjaya dalam bidang perniagaan. Nama sebenar beliau adalah Wan Mohammad Sani Salleh. Dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Merupakan anak keempat daripada enam beradik. Beliau merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). Dato’ Sani merupakan seorang anak muda tempatan yang mempunyai semangat yang kental kerana pada usia kini, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta. 
Dianugerahkan Darjah Dato Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato pada 2009. Sebelum ini Dato Sani Memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003 Dato Salleh menubuhkan SUSB dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian yang menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya dengan 6 buah bas. Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.
Bercerita tentang khidmat yang disediakan, 25 buah bas 2 tingkat telah beroperasi yang di lengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta yang dapat mengesan ketidakfungsian teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga diliputi CCTV yang disambungkan dengan ibupejabat bagi melancarkan operasi. Ibu pajabat di Klang sentral juga memiliki pusat latihannya sendiri. Bagaimanapun SUSB tak lari dari krisis apabila kemalangan maut melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh LPKP.
Beliau sebenarnya merupakan seorang yang sangat bercita-cita sendiri dan ketika beliau mencapai satu tahap dimana beliau mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus berada di bidang seni dan hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh yang demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan perniagaan perkhidmatan bas ekspres.
Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara. Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan. Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja. SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut beliau, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.



















T Ananda Krishnan~~~




T Ananda Krishnan


T Ananda Krishnan, USAHAWAN BERJAYA.....

Ini merupakan lagi seorang usahawan yang berjaya dan merupakan usahawan yang terkaya di Malaysia. Saya memilih usahawan ini kerana beliau boleh memberi motivasi kepada saya dan orang ramai mengenai strategi perniagaan yang berkesan. Selain itu, kebijaksanaan dan semangat yang kental juga merupakan faktor utama pemilihan usahawan ini.

Sejarah T Ananda Krishnan...

Namanya tercatat dalam sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meletakkan nama Malaysia di arena angkasa lepas. Bagaimanapun, bagi seorang yang melancarkan satelit geologi Measat 1 dan Measat 2 negara pada 1996, Tatparanandam Ananda Krishnan. cukup merendah diri. Mungkin ada juga yang tak pernah dengar nama usahawan berjaya dan juga orang kedua terkaya Malaysia itu.  Oleh itu saya di sini ingin memperkenalkan dan menceritakan serba sedikit mengenai beliau. Nama sebenarnya adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Berumur 75 tahun dan dilahirkan di Brickfields, KL pada 1hb April, 1938. Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields. Jumlah duit dalam poketnya dianggarkan dalam lingkungan RM32 Billion. Oleh itu beliau di label sebagai orang kedua terkaya di Malaysia. Uniknya Ananda Krishnan ini adalah, dia tak pernah muncul di tempat awam. Malah dia tak pernah terlibat dalam semua urusan perniagaannya dan tak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat kepunyaanya. Beliau mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua. Begitulah serba sedikit fakta berkenan orang kaya nobor dua negara kita. Seorang usahawan berjaya yang asalnya bersekolah di Sekolah Tamil sahaja dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Harvard. Jika pelajar sekolah Tamil boleh jadi macam itu, maknanya sekolah pondok lebih-lebihlah lagi berupaya mencapai kejayaan yang sama. Satu lagi fakta menarik yang boleh kita lihat adalah betapa beliau tidak menguruskan semua perniagaannya secara terus sebaliknya melepaskan pada beberapa individu profesional yang cukup berkaliber

Pembangunan Perniagaan...


Ananda mula membuat duit pada awalnya adalah dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Dari situ dia terbang tinggi sehingga menjadi Tycoon dalam industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenagaSyarikat utamanya di Bursa Saham adalah, Astro, Maxis dan Bumi Armada. Ketiga-tiganya mencecah nilai pasaran RM81.48 Billion. Sebagai usahawan dia merasakan nikmat kejayaan dan juga padah kegagalan. Namun kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan. 
Tidak dinafikan usaha beliau banyak mempengaruhi kehidupan berjuta-juta rakyat Malaysia menerusi rangkaian satelit Astro, Maxis dan rangkaian pawagam Tanjung Golden Village. AK ialah seorang pedagang minyak pada lewat 1970an. Ketika itulah beliau menubuhkan Exoil Trading yang kemudian bergabung rakyat Amerika, Tom Cantwell bagi mendapatkan hak menggerudi konsesi minyak daripa Indonesia kepada Amerika, semuanya meliputi kawasan 2.5 juta hektar.Kebangkitan beliau secara mendadak adalah berasaskan 'berkat kejituan dan kesungguhhannya, berada di tempat dan pada masa yang sesuai, disamping mengenali orang yang betul'. 
Hubungannya yang rapat dengan Sheikh Ahmed Zaki Yamani ketika sama-sama menuntut di HarvardUniversity banyak membantunya Yamani kemudian menjadi Menteri minyak Arab Saudi. 


Kejayaan pelaburannya mendorong majalah Forbes menyiarkan kisahnya dalam satu edisi pada tagun 1997. Beliau disenaraikan di kalangan jutawan dan hartawan dunia 2001 dengan anggaran asset US1.3 bilion(US$1=RM3.80) Majalah korporat Malaysia, Malaysian Business turut menyenaraikan Ananda dalam edisi 16 Februari 2003 sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan aset dianggarkan bernilai RM8.7 bilion. 
Perniagaannya yang pelbagai itu merentasi setiap benua. Antara pelaburannya yang paling bermakna ialah Philippine Animated Studios Incorporated, Inc (Pasi) yang menerbitkan siri kartun Kampung Boy hasil nukilan Datuk Mohd Nor Khaled atau Lat. Siri ini memenangi anugerah Siri TV Terbaik ( bagi kategori siri 13 minit keatas) di Festival Filem Antarabangsa Kartun di Perancis pada 1999. Siri ini itu adalah usahasama di antara Astro dan Matinee Entertainer yang berpejabat di Los Angeles
Selain itu, pembangunan perniagaan beliau dalam astro dan maxis juga banyak memberi impak yang positif di mana beliau sangat bijak dalam mengatur strategi dalam menjalankan perniagaan beliau dengan menawarkan pelbagai pilihan yang menarik kepada para pelanggan.






































































































































Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary~~~


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Rahsia kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary....

     Bagi meneruskan penulisan blog saya ini, saya telah memilih seorang lagi usahawan yang telah berjaya dalam menerpa nama di mata dunia dengan menjalankan perniagaan beliau. Melalui penulisan saya ini, saya akan  menghuraikan serba sedikit mengenai diri beliau. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, siapa yang tidak mengenali diri beliau. Beliau lebih dikenali oleh orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan kejayaan beliau dalam menjalankan perniagaan serta sifat dermawan yang dimiliki oleh beliau.  Sebab utama saya memilih beliau dalam penulisan blog saya ini adalah kerana sikap dermawan serta semangat juang yang tinggi. Selain itu, sikapnya yang berdikari serta bijak dalam menjalankan perniagaan telah melonjakkan nama beliau di arena perniagaan ini dengan menjadi usahawan yang berjaya serta bermurah hati. Di samping itu, sikap beliau yang suka menolong orang lain adalah satu faktor yang sangat baik kepada semua orang di mana beliau sangat menitikberatkan tentang keadaan penduduk yang kurang bernasib baik. Dengan merasai keperitan yang di alami oleh mereka, beliau telah membantu meringankan beban mereka dengan memberi sedikit bantuan yang dapat memudahkan mereka. Disebabkan sikap beliau itulah, beliau berjaya dan cemerlang sehingga kini dengan menjadi antara 10 orang yang terkaya di Malaysia.


Sejarah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya di mana keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen secara percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. Beliau juga adalah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera ke 7 yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion dan ke 32 terkaya di Asia, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Bagi tahap pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar, beliau memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi.  Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. Disebabkan oleh kehidupan beliau yang sebegitu, hal ini telah menyebabkan beliau lebih berusaha keras untuk berjaya dan mengecap kekayaan. Dengan semangat juang yang tinggi serta pengalaman lalu yang mengajar, hal ini telah membakar semangat beliau untuk terus berniaga dan menjadi usahawan yang dapat membantu orang ramai.



Pembangunan perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...


Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Berdasarkan daripada pengalaman serta kematangan beliau, akhirnya Tan Sri Syed Mokhtar dapat membangunkan perniagaan beliau secara kecil-kecilan dan akhirnya menjadi semakin membangun dan menjadi sebuah perniagaan yang besar dimana ia dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan. 

Penubuhan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.  Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.


Berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau, akhirnya beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat dimana ia dapat memberikan peluang kepada beliau untuk di urus dengan baik dan berkesan. Antara syarikat milik beliau adalah MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat.


Perkembangan perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...


Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Selepas itu, beliau juga turut mengembangkan perniagaan kepada pakaian, perkapalan, dan banyak lagi. Beliau turut menubuhkan yayasan al-bukhary yang berperanan membantu golongan miskin.



Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak melupakan kebajikan...

Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.






Yayasan Al-Bukhary














Masjid Al-Bukhary







































































Datuk Jimmy Choo~~~


Datuk Jimmy Choo


KEHEBATAN JIMMY CHOO.....

      Pada hari ini ramai orang telah memilih untuk menjadi seorang usahawan. Hal ini dapat dilihat apabila mereka menjadikan bidang tersebut sebagai satu bidang yang sangat menarik dan sangat mencabar di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai pengalaman daripada bidang usahawan tersebut selain dapat menambahkan pendapatan yang tinggi kepada kehidupan harian mereka. Secara dasarnya, bidang usahawan ini adalah satu bidang yang sangat baik dan positif kepada semua orang di luar sana kerana dengan melibatkan diri dalam bidang usahawan itu dapat memotivasikan diri kita bahawa bidang tersebut adalah sangat berkesan dan baik.

     Bagi meneruskan penulisan blog saya ini, saya telah memilih seorang lagi usahawan yang telah berjaya dalam menerpa nama di mata dunia dengan menjalankan perniagaan beliau. Melalui penulisan saya ini, saya akan  menghuraikan serba sedikit mengenai diri beliau. Datuk Jimmy Choo, adalah satu nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia dan siapa yang tidak mengenali diri beliau. Nama Jimmy Choo adalah sinonim dengan rekaan produk beliau yang eksklusif dan bergaya. Beliau lebih dikenali oleh orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan kejayaan beliau dalam menjalankan perniagaan beliau iaitu perniagaan kasut. Sebab utama saya memilih beliau dalam penulisan blog saya ini adalah kerana sikap serta semangat yang ditunjukkan oleh datuk sendiri dalam memantapkan perniagaan beliau agar dapat memberikan yang terbaik kepada para pelanggan supaya mereka sentiasa berpuas hati terhadap produk yang ditawarkan. Selain itu, saya memilih datuk itu sendiri kerana motivasi positif yang telah diterapkan dalam diri beliau juga telah menjadikan beliau seorang yang cekal serta berusaha terus dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam menjadi usahawan yang berjaya. Dengan semangat yang kental serta daya kreativiti yang tinggi, telah menyebabkan beliau dapat bertahan sehingga hari ini dengan memperkenalkan produk beliau ke seluruh dunia dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Sejarah Datuk Jimmy Choo...

Nama sebenar Datuk Jimmy Choo ialah Jimmy Choo. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kecil di mana ayahnya merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan membuat kasut. Beliau juga gemar menghabiskan masanya dengan berenang di Gurney Drive. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan telah menamatkan pembelajarannya pada tahun enam. Disebabkan oleh keluarga beliau telah menjalankan sebuah perniagaan, ini telah menyebabkan Jimmy Choo sering menolong ayahnya dalam perniagaan tersebut. Hasil daripada melibatkan diri dalam menolong ayahnya, Jimmy Choo telah berjaya menghasilkan kasut pertamanya ketika berumur 11 tahun. Setelah menamatkan pembelajarannya, beliau telah melanjutkan pengajian di London dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen. Disebabkan oleh sikap yang suka berdikari dan sikap bertanggungjawab, Jimmy Choo telah melakukan kerja separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya di luar negara walaupun bapayan telah menanggung pengajiannya pada tahun yang pertama. Oleh kerana sifatnya yang sentiasa bermotivasi dan berfikiran terbuka, ini telah menyebabkan beliau berjaya sehingga sekarang dalam menjalani kehidupannya. Disebabkan itu juga beliau telah berjaya dalam mengusahakan perniagaan beliau. Sikap beliau yang sentiasa merendah diri tidak sesekali melupakan keluarga beliau yang berada di Malaysia meskipun beliau berada di luar negara. Hal ini dapat dinyatakan bahawa Jimmy sentiasa akan pulang ke kampung halamannya untuk berkumpul bersama keluarga pada setiap tahun.
Mengenai pengalaman yang beliau perolehi, beliau pernah bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackeny, London selama 2 tahun setelah tamat pengajian. Beliau telah bekerja dengan bersungguh-sungguh sebelum beliau dapat membuka kedai beliau sendiri disebabkan oleh kepakaran dan pengalaman yang ada dalam diri beliau.

Semangat juang yang tinggi dalam diri Datuk Jimmy Choo telah menjadi pembakar semangat untuk beliau menjalankan perniagaan beliau dengan menjadi usahawan untuk membuka kedai kasut sendiri. Hal ini kerana, disebabkan oleh kepakaran dan pengalaman yang beliau perolehi telah menyebabkan beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk membuka kedai kasut beliau sendiri dengan memperkenalkan rekaan dan produk yang menarik kepada para pelanggan. Setelah Datuk Jimmy Choo berjaya menamatkan pengajiannya di London, beliau telah mencuba membuka kedai kasutnya dengan hanya menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan sebagai lokasi untuk menjalankan perniagaan beliau. Disebabkan semangat beliau itulah beliau telah mencuba berniaga walaupun terdapat banyak risiko yang bakal dihadapi 
Selama 4 tahun Datuk Jimmy Choo mengharungi keadaan yang mengecewakan dimana jualan kasutnya tidak memberangsangkan. Ini juga telah menjadi cabaran kepada beliau. Hal ini kerana menjual kasut di London sangat susah kerana ia adalah sebuah tempat yang sangat popular dan beliau bukanlah orang yang terkenal. Setelah bertungkus lumus, akhirnya rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue iaitu sebuah majalah fesyen yang terkenal di UK. Melalui majalah tersebut, nama beliau mula dikenali oleh orang ramai namun begitu beliau tetap kecewa kerana jualan kasutnya tetap merosot.

Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Datuk Jimmy Choo lalu telah membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, Puteri Diana terus tertarik dengan rekaan Jimmy Choo dan disebabkan oleh itu nama beliau terus melonjak naik di persada antarabangsa. Beliau juga dapat memperkenalkan produknya kepada semua orang dengan lebih yakin. Selain itu, prestasi perniagaan beliau juga semakin meningkat dan telah dapat memasuki pasaran dengan lebih baik. Datuk Jimmy Choo terkenal dengan kasut serta beg tangan yang mahal yang dapat memenuhi citarasa pelanggan di persada antarabangsa.


Pembangunan perniagaan Datuk Jimmy Choo...

Setelah berjaya menerpa nama di persada antarabangsa, Datuk Jimmy Choo telah menjalankan strategi perniagaan beliau dengan lebih berkesan agar dapat memperkenalkan produk beliau ke seluruh negara. Oleh itu, beliau telah berjaya membuka syarikat iaitu Jimmy Choo Ltd. Sebagai pengurus atasan beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai hala tuju syarikatnya di samping beliau perlulah memilih saluran komunikasi yng paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
Dalam membangunkan perniagaannya, beliau sangat menitikberatkan tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Ini kerana dengan adanya tindakan seperti itu dapat membina hubungan yang berorientasikan pelanggan. Sikap beliau yang sangat mementingkan kualiti juga ini telah menyebabkan beliau berjaya dalam mengusahakan syarikatnya. Ini kerana setiap produk yang dikeluarkan adalah sangat berkualiti tinggi selari dengan harga yang ditetapkan.
Datuk Jimmy Choo juga telah menggunakan media sebagai saluran maklumat beliau mengenai diskaun serta promosi yang dijalankan oleh syarikat beliau. Dengan itu, segala maklumat dapat diketahui oleh para pelanggan mengenai keluaran terbarunya.

Motivasi Datuk Jimmy Choo...

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kerja kuat serta semangat juang yang tinggi perlulah diterapkan dalan diri agar kita sentiasa bersedia serta dapat mengharungi segala cabaran yang menimpa.

Selain itu juga, janganlah menganggap diri kita terbaik kerana ramai lagi diluar sana adalah yang terbaik. Oleh itu kita perluah sentiasa bersederhana dan merendah diri agar kita dapat memotivasikan diri untuk lebih berjaya dan tidak lupa diri di kemudian hari. Kita juga haruslah sentiasa berfikiran terbuka. Disamping itu, keluarga juga sangat penting dalam sesuatu kejayaan. Oleh itu, peliharalah kesejahteraan keluarga agar dapat mengecapi kebahagiaan yang direstui.
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.
Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.
Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.

Anugerah yang diperolehi...

  • Dianugerahkan dengan gelaran 'Datuk' oleh Sultan Pahang
  • Mendapat anugerah gelaran 'Profesor' oleh University of the Arts London
  • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran 'Dato'



Antara produk kasut-kasut Datuk Jimmy Choo

Antara koleksi kasut  beliau yang menjadi pilihan pelanggan























Antara pola rekaan kasut beliau yang sangat unik