Sunday 23 March 2014

Datuk Jimmy Choo~~~


Datuk Jimmy Choo


KEHEBATAN JIMMY CHOO.....

      Pada hari ini ramai orang telah memilih untuk menjadi seorang usahawan. Hal ini dapat dilihat apabila mereka menjadikan bidang tersebut sebagai satu bidang yang sangat menarik dan sangat mencabar di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai pengalaman daripada bidang usahawan tersebut selain dapat menambahkan pendapatan yang tinggi kepada kehidupan harian mereka. Secara dasarnya, bidang usahawan ini adalah satu bidang yang sangat baik dan positif kepada semua orang di luar sana kerana dengan melibatkan diri dalam bidang usahawan itu dapat memotivasikan diri kita bahawa bidang tersebut adalah sangat berkesan dan baik.

     Bagi meneruskan penulisan blog saya ini, saya telah memilih seorang lagi usahawan yang telah berjaya dalam menerpa nama di mata dunia dengan menjalankan perniagaan beliau. Melalui penulisan saya ini, saya akan  menghuraikan serba sedikit mengenai diri beliau. Datuk Jimmy Choo, adalah satu nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia dan siapa yang tidak mengenali diri beliau. Nama Jimmy Choo adalah sinonim dengan rekaan produk beliau yang eksklusif dan bergaya. Beliau lebih dikenali oleh orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan kejayaan beliau dalam menjalankan perniagaan beliau iaitu perniagaan kasut. Sebab utama saya memilih beliau dalam penulisan blog saya ini adalah kerana sikap serta semangat yang ditunjukkan oleh datuk sendiri dalam memantapkan perniagaan beliau agar dapat memberikan yang terbaik kepada para pelanggan supaya mereka sentiasa berpuas hati terhadap produk yang ditawarkan. Selain itu, saya memilih datuk itu sendiri kerana motivasi positif yang telah diterapkan dalam diri beliau juga telah menjadikan beliau seorang yang cekal serta berusaha terus dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam menjadi usahawan yang berjaya. Dengan semangat yang kental serta daya kreativiti yang tinggi, telah menyebabkan beliau dapat bertahan sehingga hari ini dengan memperkenalkan produk beliau ke seluruh dunia dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Sejarah Datuk Jimmy Choo...

Nama sebenar Datuk Jimmy Choo ialah Jimmy Choo. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan dibesarkan di Lebuh Hutton, Georgetown, Pulau Pinang. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kecil di mana ayahnya merupakan seorang pengusaha dalam perniagaan membuat kasut. Beliau juga gemar menghabiskan masanya dengan berenang di Gurney Drive. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan telah menamatkan pembelajarannya pada tahun enam. Disebabkan oleh keluarga beliau telah menjalankan sebuah perniagaan, ini telah menyebabkan Jimmy Choo sering menolong ayahnya dalam perniagaan tersebut. Hasil daripada melibatkan diri dalam menolong ayahnya, Jimmy Choo telah berjaya menghasilkan kasut pertamanya ketika berumur 11 tahun. Setelah menamatkan pembelajarannya, beliau telah melanjutkan pengajian di London dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen. Disebabkan oleh sikap yang suka berdikari dan sikap bertanggungjawab, Jimmy Choo telah melakukan kerja separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya di luar negara walaupun bapayan telah menanggung pengajiannya pada tahun yang pertama. Oleh kerana sifatnya yang sentiasa bermotivasi dan berfikiran terbuka, ini telah menyebabkan beliau berjaya sehingga sekarang dalam menjalani kehidupannya. Disebabkan itu juga beliau telah berjaya dalam mengusahakan perniagaan beliau. Sikap beliau yang sentiasa merendah diri tidak sesekali melupakan keluarga beliau yang berada di Malaysia meskipun beliau berada di luar negara. Hal ini dapat dinyatakan bahawa Jimmy sentiasa akan pulang ke kampung halamannya untuk berkumpul bersama keluarga pada setiap tahun.
Mengenai pengalaman yang beliau perolehi, beliau pernah bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackeny, London selama 2 tahun setelah tamat pengajian. Beliau telah bekerja dengan bersungguh-sungguh sebelum beliau dapat membuka kedai beliau sendiri disebabkan oleh kepakaran dan pengalaman yang ada dalam diri beliau.

Semangat juang yang tinggi dalam diri Datuk Jimmy Choo telah menjadi pembakar semangat untuk beliau menjalankan perniagaan beliau dengan menjadi usahawan untuk membuka kedai kasut sendiri. Hal ini kerana, disebabkan oleh kepakaran dan pengalaman yang beliau perolehi telah menyebabkan beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk membuka kedai kasut beliau sendiri dengan memperkenalkan rekaan dan produk yang menarik kepada para pelanggan. Setelah Datuk Jimmy Choo berjaya menamatkan pengajiannya di London, beliau telah mencuba membuka kedai kasutnya dengan hanya menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan sebagai lokasi untuk menjalankan perniagaan beliau. Disebabkan semangat beliau itulah beliau telah mencuba berniaga walaupun terdapat banyak risiko yang bakal dihadapi 
Selama 4 tahun Datuk Jimmy Choo mengharungi keadaan yang mengecewakan dimana jualan kasutnya tidak memberangsangkan. Ini juga telah menjadi cabaran kepada beliau. Hal ini kerana menjual kasut di London sangat susah kerana ia adalah sebuah tempat yang sangat popular dan beliau bukanlah orang yang terkenal. Setelah bertungkus lumus, akhirnya rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue iaitu sebuah majalah fesyen yang terkenal di UK. Melalui majalah tersebut, nama beliau mula dikenali oleh orang ramai namun begitu beliau tetap kecewa kerana jualan kasutnya tetap merosot.

Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Datuk Jimmy Choo lalu telah membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, Puteri Diana terus tertarik dengan rekaan Jimmy Choo dan disebabkan oleh itu nama beliau terus melonjak naik di persada antarabangsa. Beliau juga dapat memperkenalkan produknya kepada semua orang dengan lebih yakin. Selain itu, prestasi perniagaan beliau juga semakin meningkat dan telah dapat memasuki pasaran dengan lebih baik. Datuk Jimmy Choo terkenal dengan kasut serta beg tangan yang mahal yang dapat memenuhi citarasa pelanggan di persada antarabangsa.


Pembangunan perniagaan Datuk Jimmy Choo...

Setelah berjaya menerpa nama di persada antarabangsa, Datuk Jimmy Choo telah menjalankan strategi perniagaan beliau dengan lebih berkesan agar dapat memperkenalkan produk beliau ke seluruh negara. Oleh itu, beliau telah berjaya membuka syarikat iaitu Jimmy Choo Ltd. Sebagai pengurus atasan beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai hala tuju syarikatnya di samping beliau perlulah memilih saluran komunikasi yng paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
Dalam membangunkan perniagaannya, beliau sangat menitikberatkan tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Ini kerana dengan adanya tindakan seperti itu dapat membina hubungan yang berorientasikan pelanggan. Sikap beliau yang sangat mementingkan kualiti juga ini telah menyebabkan beliau berjaya dalam mengusahakan syarikatnya. Ini kerana setiap produk yang dikeluarkan adalah sangat berkualiti tinggi selari dengan harga yang ditetapkan.
Datuk Jimmy Choo juga telah menggunakan media sebagai saluran maklumat beliau mengenai diskaun serta promosi yang dijalankan oleh syarikat beliau. Dengan itu, segala maklumat dapat diketahui oleh para pelanggan mengenai keluaran terbarunya.

Motivasi Datuk Jimmy Choo...

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kerja kuat serta semangat juang yang tinggi perlulah diterapkan dalan diri agar kita sentiasa bersedia serta dapat mengharungi segala cabaran yang menimpa.

Selain itu juga, janganlah menganggap diri kita terbaik kerana ramai lagi diluar sana adalah yang terbaik. Oleh itu kita perluah sentiasa bersederhana dan merendah diri agar kita dapat memotivasikan diri untuk lebih berjaya dan tidak lupa diri di kemudian hari. Kita juga haruslah sentiasa berfikiran terbuka. Disamping itu, keluarga juga sangat penting dalam sesuatu kejayaan. Oleh itu, peliharalah kesejahteraan keluarga agar dapat mengecapi kebahagiaan yang direstui.
Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.
Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.
Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.

Anugerah yang diperolehi...

  • Dianugerahkan dengan gelaran 'Datuk' oleh Sultan Pahang
  • Mendapat anugerah gelaran 'Profesor' oleh University of the Arts London
  • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran 'Dato'



Antara produk kasut-kasut Datuk Jimmy Choo

Antara koleksi kasut  beliau yang menjadi pilihan pelanggan























Antara pola rekaan kasut beliau yang sangat unik











No comments:

Post a Comment