Sunday 23 March 2014

Wan Mohd Sani~~~


Datuk Wan Mohammad Sani


Usahawan pengangkutan yang berjaya di MALAYSIA....
Pengisian post blog saya kali ini adalah berkenaan dengan seorang lagi usahawan yang berjaya iaitu Datuk Sani. Beliau merupakan usahawan dalam perniagaan bas iaitu Sani Ekspress. Sebab utama saya memilih usahawan tersebut adalah disebabkan oleh semangat serta keunikan beliau dalam menjalankan perniagaan. Tidak disangka bahawa pengalaman yang dialami akhirnya dapat mengajar usahawan tersebut untuk membuat pembaharuan dan menjalankan perniagaan dengan lebih efektif dan cemerlang. 
Sejarah Datuk Sani...
Jejaka berusia 38 tahun ini berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Universiti Kolej Sunway ini merupakan antara usahawan merangkap artis yang paling berjaya dalam bidang perniagaan. Nama sebenar beliau adalah Wan Mohammad Sani Salleh. Dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Merupakan anak keempat daripada enam beradik. Beliau merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). Dato’ Sani merupakan seorang anak muda tempatan yang mempunyai semangat yang kental kerana pada usia kini, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta. 
Dianugerahkan Darjah Dato Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran dato pada 2009. Sebelum ini Dato Sani Memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003 Dato Salleh menubuhkan SUSB dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian yang menyebabkan Dato Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada 2006 barulah menyaksikan SANI Express berada di jalanraya dengan 6 buah bas. Kini setelah 7 tahun berlalu SUSB memiliki lebih 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.
Bercerita tentang khidmat yang disediakan, 25 buah bas 2 tingkat telah beroperasi yang di lengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta yang dapat mengesan ketidakfungsian teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga diliputi CCTV yang disambungkan dengan ibupejabat bagi melancarkan operasi. Ibu pajabat di Klang sentral juga memiliki pusat latihannya sendiri. Bagaimanapun SUSB tak lari dari krisis apabila kemalangan maut melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh LPKP.
Beliau sebenarnya merupakan seorang yang sangat bercita-cita sendiri dan ketika beliau mencapai satu tahap dimana beliau mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus berada di bidang seni dan hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh yang demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan perniagaan perkhidmatan bas ekspres.
Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara. Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan. Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja. SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut beliau, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan perhotelan dan hartanah.



















No comments:

Post a Comment