Sunday 23 March 2014

Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary~~~


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Rahsia kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary....

     Bagi meneruskan penulisan blog saya ini, saya telah memilih seorang lagi usahawan yang telah berjaya dalam menerpa nama di mata dunia dengan menjalankan perniagaan beliau. Melalui penulisan saya ini, saya akan  menghuraikan serba sedikit mengenai diri beliau. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, siapa yang tidak mengenali diri beliau. Beliau lebih dikenali oleh orang ramai disebabkan oleh kecemerlangan dan kejayaan beliau dalam menjalankan perniagaan serta sifat dermawan yang dimiliki oleh beliau.  Sebab utama saya memilih beliau dalam penulisan blog saya ini adalah kerana sikap dermawan serta semangat juang yang tinggi. Selain itu, sikapnya yang berdikari serta bijak dalam menjalankan perniagaan telah melonjakkan nama beliau di arena perniagaan ini dengan menjadi usahawan yang berjaya serta bermurah hati. Di samping itu, sikap beliau yang suka menolong orang lain adalah satu faktor yang sangat baik kepada semua orang di mana beliau sangat menitikberatkan tentang keadaan penduduk yang kurang bernasib baik. Dengan merasai keperitan yang di alami oleh mereka, beliau telah membantu meringankan beban mereka dengan memberi sedikit bantuan yang dapat memudahkan mereka. Disebabkan sikap beliau itulah, beliau berjaya dan cemerlang sehingga kini dengan menjadi antara 10 orang yang terkaya di Malaysia.


Sejarah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya di mana keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen secara percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. Beliau juga adalah seorang usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera ke 7 yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion dan ke 32 terkaya di Asia, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Bagi tahap pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar, beliau memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi.  Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. Disebabkan oleh kehidupan beliau yang sebegitu, hal ini telah menyebabkan beliau lebih berusaha keras untuk berjaya dan mengecap kekayaan. Dengan semangat juang yang tinggi serta pengalaman lalu yang mengajar, hal ini telah membakar semangat beliau untuk terus berniaga dan menjadi usahawan yang dapat membantu orang ramai.



Pembangunan perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...


Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Berdasarkan daripada pengalaman serta kematangan beliau, akhirnya Tan Sri Syed Mokhtar dapat membangunkan perniagaan beliau secara kecil-kecilan dan akhirnya menjadi semakin membangun dan menjadi sebuah perniagaan yang besar dimana ia dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan. 

Penubuhan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.  Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.


Berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau, akhirnya beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat dimana ia dapat memberikan peluang kepada beliau untuk di urus dengan baik dan berkesan. Antara syarikat milik beliau adalah MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat.


Perkembangan perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...


Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Selepas itu, beliau juga turut mengembangkan perniagaan kepada pakaian, perkapalan, dan banyak lagi. Beliau turut menubuhkan yayasan al-bukhary yang berperanan membantu golongan miskin.



Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak melupakan kebajikan...

Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.






Yayasan Al-Bukhary














Masjid Al-Bukhary







































































No comments:

Post a Comment